#2 Road to ALLAH





‎4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.






Titik dua bertindih tolak :-

Pernyataan ini diambil daripada status UAI (Original).
Moga ini menghadirkan keinsafan buat muslimah ini
serta yang diluar sana.
Buktikan kasih serta sayang kita pada ayah, suami,
abang-abang serta anak lelaki kita.
Peliharalah diri kita sebaik-baiknya. :))







#1 Road to ALLAH








Titik dua bertindih tolak :-

Nice video to watch. Great issue to voice out. ;))
Err, belog aku memang di buat tuk update setahun sekali jekk.






Pelangi Jiwa


Terkadang kenangan itu mengusik jiwa
menggamit memori yang kemas di dada
kalau boleH diputar masa
campaklah aku ke dunia itu semula
biar ia berputar tanpa hentinya
sungguh aku rindukan itu semua

Aku disamping mereka
bergelak tawa, bergurau senda,
leka dalam ramah bicara
berkongsi duka sengketa
walau saat aku jatuh tersungkur, terduduk
mereka tetap setia membisik kata
menghulur tangan pinta aku melawan siksa
menentang tiap yang mendatang

Namun aku akur
aku bukan tuhan
punya kuasa tuk kembalikan itu semula
punya kuasa atas aku dan mereka
punya kuasa dalam tentukan segala

Lantas, aku tersandar menyerah.






17;22101211
326DM4USMKK